create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, May 14, 2010

BERSYUKUR DGN APA YANG ADA

Kadang-kadang, kite mengeluh..mengenangkan nasib kite tak sehebat kawan-kawan. Masalah-masalah kecik dgn suami kite anggap tu masalah paling besar dalam hidup. Sampai ada yang rasa menyesal kerana telah buat keputusan untuk berkahwin. Apapun, dialah yang kita pilih. jadi seharusnyala..dialah dihati...selamanya...
 
Kita perlu terima, kalau ada di mana-mana bahagian yang menjadi kelebihan pasti ada bahagian yang menjadi kekurangan. Harus dan perlu perkara sebegitu. Ada pasangan yang begitu bahagia dan hidup senang tanpa sekalipun menghadapi masalah kewangan. Cakapla nak beli apa saja, semua 'abang' akan sediakan. Tapi malangnya, si isteri tidak mampu 'mengadakan' kemahuan suami..Tak mampu nak memberikan cahaya mata, mungkin atas sebab-sebab kesihatan atau belum masanya lagi untuk dikurniakan Anugerah Terindah itu...Ada pulak, pasangan yang sering kekeringan poket. Belum pun seminggu gaji, tapi duit dah kering. Nak shoping untuk diri sendiri pun belum mampu, inikan pula nak hadiahkan isteri baju baru. Tetapi, Allah Maha Adil...dikurniakan mereka cahaya mata..berderet-deret...Semasa anak-anak kecil dan membesar, terasa peritnya pasangan mencari rezeki demi membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, setelah lebih 20 tahun bekerja keras, semua penat lelah terbalas...anak-anak membesar menjadi orang berguna. Yang mampu membalas jasa-jasa ibu bapa mereka.Menjaga ibu bapa mereka sebaiknya. Kerana, mereka kenal erti kesusahan. Mereka membesar sambil melihat kesusahan orang tua mereka mencari rezeki untuk menghantar mereka ke sekolah agar masa depan mereka terjamin. Itulah putaran kehidupan. Bila kita di bawah, ingatlah Allah Maha Adil. Akan diletakkan kita di atas pada suatu hari. Cuma kita perlu menunggu dan berusaha ke arah itu.
 
 

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."