create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, June 18, 2010

Kisah Susu Ibu


Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !
Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.
Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !
Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
                                                                     

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Wednesday, June 16, 2010

Bersalin oh bersalin....

Pagi tadi, setelah jiran baru aku berpindah masuk ke rumah sebelah umah aku ni, ni la baru 1st time aku berckp dgn dia...Hubby tegur dia dan dia ckp wife dia dah bersalin pagi tadi, dapat baby boy...tahniah....
teringat plak peristiwa melahirkan....
 
5 Nov 2010
Kandungan dah 39 weeks and 3 days...
pagi tu tak pegi office sebab ade check up kat Klinik Pusrawi, Jln Ipoh.
Lama betul nak tunggu giliran, doktor cek perut sebab dah ade weak contraction & doc suruh terus g hospital.
takut nanti tak sempat nak g hospital ke ape kalau jalan jem. sampai kat hospital, kena cek lagi skali dan sangat memeranjatkan aku rupe² yang buka 2cm!!! dah nak bersalin rupenye...tapi ni mcm kontraksi palsu je, tak sakit sangat...mgkin sebab dah terbiasa...sejak pregant 6 bulan dah rasa dah...dengan rasminya, aku jadi penghuni Hospital Kuala Lumpur. sangatla aku tak puas hati sb kena dok hospital sedangkan aku rs belum lg masanya nak bersalin...Hubby dah call abah & ma kat penang, malam tu jugak abah & ma naik bas dtg KL...ye la, nak sambut menantu sulung...mestila tak sabar...dengan rasminya juga, Hubby mula bercuti menunggu kelahiran puteri tercinta....
 
6 Nov 2010
pagi tu bangun pagi macam biasa, cuma keadaan sangat tak best..dalam wad!! sangat bosan, dah la takle tgk tv...
ade turun tanda!!dah keluar lendir darah n aku terus bgtau dokter...dokter ckp tu dh dekat nk bersalin n tak perlu risau..
so, aku pun tak risau la...
 
 
7 Nov 2010
7.00pm ~ suami dah balik, mama ngan ayah pun dah balik, abah pun dah balik...
8.15pm~ ade kontraction la...tp kuat sgt plak...arghhhhhhh....sangat sakittt.....aku terus call hubby, mengadu kesakitan...tp just suruh dia stanby je n tak bagi dia datang tggu kat hospital, sb dah 2 malam dia bermalam kat tepi tangga..kesian Hubby....
11.00pm~ masih tersangat sakit, nurse panggil untuk check bukaan kalau² dah ade bukaan lagi...tp bukaan masih 2cm...kesakitan tak tertanggung...
12.00am~ aku call suami, ayah & mama, dan kawan-kawan..siap bgtau dorang, 'aku tgh sakit nak bersalin' ni....tp dalam hati tak berapa konfiden, betul ke tak dah nak bersalin...cuma sakit tu tak tertanggung...tp hebatnya aku, tak menangis...hehe...(sb aku tgk ramai gak sakit nk bersalin sampai menangis)...
ayah nasihat suruh istigfar banyak², banyak² berdoa...
bila kontraksi menngecut, lega sikit rasa sakit tu...tp bile dah start tegang balik, Subhanallah....sakitnya....
 
8 Nov 2010
4.00am ~ nurse kejutkan aku dari tidur (tidur yang tidur² ayam je sb terlalu sakit...)kawan aku ckp kuatnya aku sb mampu menahan sakit, sambil² dalam sakit tu ble lagi call kawan² mengadu tgh sakit nak bersalin...then aku trus call suami, suruh suami terus datang hospital...
Akhirnya, bukaan dah 4cm...aku dah ready nk masuk labour room...yeahhh, dah nak bersalin....aku mintak nurse bg air minuman, sb tak tahan dahaga sangat..sepanjang malam aku dok mengaduh....sampai kering tekak....
perasaan masa di sorongkan ke labour room tu, cuma pikir nak cepat bersalin jer...seronok & happy nya bile nampak muka suami tunggu kat depan labour room...suami pun ikut sama masuk....bila dah nampak muka suami, serta merta keluar air mata plak...apadaaaa....saje je kan, nangis plak bile nampak suami..ye la, tu kan tempat bermanja...suami la yang tolong urut² belakang...
masa masuk labour room tu, aku dengar alunan suara azan....diiringi suara azan....alhamdulillah...seolah-olah diberkati...Terima Kasih Allah....
sepanjang hari dok dalam labour room, sakit dah kurang dengan bantuan epidural..tp masih lg terasa bila ada kontraction...
perut ni tersangat la lapar, tak makan...huhu....suami pun lapar, tapi dia dengan sabar menemani....
aku langsung takde rasa takut...tapi yang heran nya aku kesejukan...sejuk mcm kena ais...heran betul la...nurse & doktor pun heran...nape kesejukan sangat²....sampai mengigil-gigil...
3.30pm~bukaan dah 10cm...rasa macam nak berak la...erkkk.....nak bersalin dah ke...betul ke tak betul ni???aku sendiri konfius, mcm berak keras pun ade...
then, aku di ajar mcm mana nak teran n bile sepatutnya aku teran to deliver a baby...
3.45pm~ aku selamat melahirkan puteri kami  - ERYNA SOFEA BT YUAZWAN, 3.46pm , 2.85kg-
 
Alhamdulillah...
lepas dah selamat,masa tgh jahit luka..sempat lagi aku announce kat facebook yang aku dah selamat melahirkan a baby...Ya Allah, Terima Kasih Allah kerana kekuatan ini....
 
 

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Monday, June 14, 2010

Majlis Pertunangan Isniah (My Cousin) ~13 June 2010 ~ Gerik, Perak

godek ape tu sayang??

tgn Sofea kena pgg sb asik nk tarik selendang tu je..

tahniahhhhhh

sofea sempat main2 ngn atuk & nenek...

5.30 pagi dah kena bangun, kena
bersiap-siap untuk balik kampung.
Hubby tak ikut, sebab dia ada konvoi motor dari Putrajaya ke Sepang.
Oleh kerana pagi sangat, & cuaca pun sejuk...so, Sofea tak perlu la
mandi..Cuma tukarkan diaper je....walaupun mengantuk, tp kena gagahkan
jugak mandi di subuh2 hari..lama betul rsnya tak mandi pagi...hehe....

Kami balik kampung ber-4 je, ayah & mama & Sofea & me..
Rasa lain mcm je bile travel without hubby...ni kali kedua selepas
tinggalkan hubby untuk balik kg masa dalam pantang...
Pkl 11.00 pagi, kami tiba kat kampung halaman...rindu sangat-sangat nak
bau kampung..suasana kampung...sangattttt nyaman....sebelum sampai, ayah
dah call Isniah tanya pukul berapa majlis nak start. Katanya rombongan
pihak lelaki akan bertolak dari Kuala Kangsar pukul 10.30 pagi. Tp,
elok je kami sampai...dah mula dah....so, terpaksa la masuk rumah masa
tetamu dah ramai....

Elok jugak bila majlis mula awal ni, cepat abes...cepat boleh balik &
cepat boleh rehat...
Pertunangan di ikat dengan hantaran sebanyak RM8,880.00...selama 1
tahun...

Tahniah & Selamat Bertunang!!!