create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, June 21, 2010

Hari Bapa 2010

20 June 2010...
Badan masih kepenatan..mana taknye, hari sebelum tu dah pulun ke majlis-majlis kawen kawan-kawan....
memang tak berasap la dapur rumah....rice cooker kat umah tu kering je, dapur tu lsg tak terusik....bukan selalu nak merasa cetu, bukan penat di dapur..tp penat keluar....
kami cuma celebrate kat KFC sb hubby dah lama tak makan kfc katanya....nak belanja hubby makan pizza, tapi hubby tak suke makan pizza...a week befoe kami dah makan kat rasamas, bosan la asik makan itu je...to, nk jugak try nasik ayam kat KFC.....
yg kelakar tu, sampai berpeluh-peluh hubby makan ayam blackpepper...PEDAS.....hubby ckp 'sesuai untuk org dalam pantang'..hehe...tp org dlm pantang mana bole makan ayam goreng.....
sporting betul Sofea, tdo lama betul...sampai mama ngan papa dah abes makan pun masih lg tidur..lsg tak kaco mama ngan papa dating..sangat memahami, memang kasik can la....hehehe....
bila nak balik, ingat nak shoot gamba Sofea kat belon yang berbentuk Nemo (ikan) tu....tu Sofea taknak dok atas meja tu...dia rs tak selamat mungkin....ada gamba dia tu pun, muka dia nk start nangis...alahai Sofea...
apapun, papa dapat hadiah couple tshirt..which is saya rs sgt romentik...dulu masa bercinta tak boleh nak merasa macam tu..so, bila dah kawen..mcm² boleh buat...tu la org kata, cinta selepas kawen lebih indah...SANGAT INDAH....
Untuk Hubby tersayang SELAMAT HARI BAPA.....WE LOVES YOU...
....Mama & Sofea....

Friday, June 18, 2010

Kisah Susu Ibu


Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !
Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.
Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !
Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
                                                                     

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Wednesday, June 16, 2010

Bersalin oh bersalin....

Pagi tadi, setelah jiran baru aku berpindah masuk ke rumah sebelah umah aku ni, ni la baru 1st time aku berckp dgn dia...Hubby tegur dia dan dia ckp wife dia dah bersalin pagi tadi, dapat baby boy...tahniah....
teringat plak peristiwa melahirkan....
 
5 Nov 2010
Kandungan dah 39 weeks and 3 days...
pagi tu tak pegi office sebab ade check up kat Klinik Pusrawi, Jln Ipoh.
Lama betul nak tunggu giliran, doktor cek perut sebab dah ade weak contraction & doc suruh terus g hospital.
takut nanti tak sempat nak g hospital ke ape kalau jalan jem. sampai kat hospital, kena cek lagi skali dan sangat memeranjatkan aku rupe² yang buka 2cm!!! dah nak bersalin rupenye...tapi ni mcm kontraksi palsu je, tak sakit sangat...mgkin sebab dah terbiasa...sejak pregant 6 bulan dah rasa dah...dengan rasminya, aku jadi penghuni Hospital Kuala Lumpur. sangatla aku tak puas hati sb kena dok hospital sedangkan aku rs belum lg masanya nak bersalin...Hubby dah call abah & ma kat penang, malam tu jugak abah & ma naik bas dtg KL...ye la, nak sambut menantu sulung...mestila tak sabar...dengan rasminya juga, Hubby mula bercuti menunggu kelahiran puteri tercinta....
 
6 Nov 2010
pagi tu bangun pagi macam biasa, cuma keadaan sangat tak best..dalam wad!! sangat bosan, dah la takle tgk tv...
ade turun tanda!!dah keluar lendir darah n aku terus bgtau dokter...dokter ckp tu dh dekat nk bersalin n tak perlu risau..
so, aku pun tak risau la...
 
 
7 Nov 2010
7.00pm ~ suami dah balik, mama ngan ayah pun dah balik, abah pun dah balik...
8.15pm~ ade kontraction la...tp kuat sgt plak...arghhhhhhh....sangat sakittt.....aku terus call hubby, mengadu kesakitan...tp just suruh dia stanby je n tak bagi dia datang tggu kat hospital, sb dah 2 malam dia bermalam kat tepi tangga..kesian Hubby....
11.00pm~ masih tersangat sakit, nurse panggil untuk check bukaan kalau² dah ade bukaan lagi...tp bukaan masih 2cm...kesakitan tak tertanggung...
12.00am~ aku call suami, ayah & mama, dan kawan-kawan..siap bgtau dorang, 'aku tgh sakit nak bersalin' ni....tp dalam hati tak berapa konfiden, betul ke tak dah nak bersalin...cuma sakit tu tak tertanggung...tp hebatnya aku, tak menangis...hehe...(sb aku tgk ramai gak sakit nk bersalin sampai menangis)...
ayah nasihat suruh istigfar banyak², banyak² berdoa...
bila kontraksi menngecut, lega sikit rasa sakit tu...tp bile dah start tegang balik, Subhanallah....sakitnya....
 
8 Nov 2010
4.00am ~ nurse kejutkan aku dari tidur (tidur yang tidur² ayam je sb terlalu sakit...)kawan aku ckp kuatnya aku sb mampu menahan sakit, sambil² dalam sakit tu ble lagi call kawan² mengadu tgh sakit nak bersalin...then aku trus call suami, suruh suami terus datang hospital...
Akhirnya, bukaan dah 4cm...aku dah ready nk masuk labour room...yeahhh, dah nak bersalin....aku mintak nurse bg air minuman, sb tak tahan dahaga sangat..sepanjang malam aku dok mengaduh....sampai kering tekak....
perasaan masa di sorongkan ke labour room tu, cuma pikir nak cepat bersalin jer...seronok & happy nya bile nampak muka suami tunggu kat depan labour room...suami pun ikut sama masuk....bila dah nampak muka suami, serta merta keluar air mata plak...apadaaaa....saje je kan, nangis plak bile nampak suami..ye la, tu kan tempat bermanja...suami la yang tolong urut² belakang...
masa masuk labour room tu, aku dengar alunan suara azan....diiringi suara azan....alhamdulillah...seolah-olah diberkati...Terima Kasih Allah....
sepanjang hari dok dalam labour room, sakit dah kurang dengan bantuan epidural..tp masih lg terasa bila ada kontraction...
perut ni tersangat la lapar, tak makan...huhu....suami pun lapar, tapi dia dengan sabar menemani....
aku langsung takde rasa takut...tapi yang heran nya aku kesejukan...sejuk mcm kena ais...heran betul la...nurse & doktor pun heran...nape kesejukan sangat²....sampai mengigil-gigil...
3.30pm~bukaan dah 10cm...rasa macam nak berak la...erkkk.....nak bersalin dah ke...betul ke tak betul ni???aku sendiri konfius, mcm berak keras pun ade...
then, aku di ajar mcm mana nak teran n bile sepatutnya aku teran to deliver a baby...
3.45pm~ aku selamat melahirkan puteri kami  - ERYNA SOFEA BT YUAZWAN, 3.46pm , 2.85kg-
 
Alhamdulillah...
lepas dah selamat,masa tgh jahit luka..sempat lagi aku announce kat facebook yang aku dah selamat melahirkan a baby...Ya Allah, Terima Kasih Allah kerana kekuatan ini....
 
 

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Monday, June 14, 2010

Majlis Pertunangan Isniah (My Cousin) ~13 June 2010 ~ Gerik, Perak

godek ape tu sayang??

tgn Sofea kena pgg sb asik nk tarik selendang tu je..

tahniahhhhhh

sofea sempat main2 ngn atuk & nenek...

5.30 pagi dah kena bangun, kena
bersiap-siap untuk balik kampung.
Hubby tak ikut, sebab dia ada konvoi motor dari Putrajaya ke Sepang.
Oleh kerana pagi sangat, & cuaca pun sejuk...so, Sofea tak perlu la
mandi..Cuma tukarkan diaper je....walaupun mengantuk, tp kena gagahkan
jugak mandi di subuh2 hari..lama betul rsnya tak mandi pagi...hehe....

Kami balik kampung ber-4 je, ayah & mama & Sofea & me..
Rasa lain mcm je bile travel without hubby...ni kali kedua selepas
tinggalkan hubby untuk balik kg masa dalam pantang...
Pkl 11.00 pagi, kami tiba kat kampung halaman...rindu sangat-sangat nak
bau kampung..suasana kampung...sangattttt nyaman....sebelum sampai, ayah
dah call Isniah tanya pukul berapa majlis nak start. Katanya rombongan
pihak lelaki akan bertolak dari Kuala Kangsar pukul 10.30 pagi. Tp,
elok je kami sampai...dah mula dah....so, terpaksa la masuk rumah masa
tetamu dah ramai....

Elok jugak bila majlis mula awal ni, cepat abes...cepat boleh balik &
cepat boleh rehat...
Pertunangan di ikat dengan hantaran sebanyak RM8,880.00...selama 1
tahun...

Tahniah & Selamat Bertunang!!!

Tuesday, June 8, 2010

PERTUNANGAN FADLI & AINI DI TEMERLOH, PAHANG

bakal menantu mama...

cincin di jari....tersemat janji

05.06.2010~1.30pm
Rasmilah ikatan pertunangan di antara adik lelaki aku dgn pasangannya Nur Aini bt Hamzah...
 
Kami bertolak dari KL seawal 9.00 pagi sb kononnya nak la sampai kat sana pkl 11.30, tapai malangnya jalan jem teruk. Yela, cuti skolah baru start..Sofea pun naik bosan dok dalam keta lama-lama. abes di panjatnya mama dia....Mujurla dia tak meragam walaupun pagi tu dia kena selsema....comot anak mama hari tu kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
 
Ikatan pertunangan ini telah membawa persetujuan untuk diikat paling lama 2 tahun dgn hantaran RM10k & mas kahwin RM22.50...murah jgk mas kawen ni....ape pengantin perempuan nk wat dgn mas kahwin sebanyak tu nanti???
 
Yang paling best tu, dapat makan ikan patin masak asam tempoyakkkkkkkkk....Ya Allah, sedap betul..takde tandingan lah..MEMANG TERBAIKKKKKKKKKKKK.....
 
yang tak tahan plak, rombongan siap mintak nk bawak balik KL...huishh..malu je tawww.....
hehe..
ape pun, tahniah untuk adikku Mohd Fadli atas pertunangan ini.....
cepat2 cari duit & kahwin....
 
 
 


Thursday, June 3, 2010

Beg Simple Dimple Baru

 
Inilah beg baru yang aku beli online kat Sarakids.com...harga
RM59.90...order malam kelmarin, pagi semalam Puan Farah call tanya nak
color ape...dan inilah hasilnya...sangat memuaskan...
Sgt menarik dan cantik...Saya sangat suka!! Sampai En. Suami pun
terpikat nak beli beg yang sama!! Beg yang aku beli nak isi pam & cooler
bag...Tak sabar nak rasmi ni...saje nak bg en. Suami cemburu!!

Tuesday, June 1, 2010

Casio LTP-1253

Jam ni adalah hadiah daripada bakal biras merangkap bakal adik ipar suamiku...
ada sepasang, so aku ngan  hubby dapat sorang satu...design exactly the same, size je yang lain....tangan Sofea kecik sangat lagi, tak muat pakai jam...so, tak dpt la jam baru...hehe...
 


KERANA MULUT

Kerana mulut manusia bertanya,
 
Kerana mulut manusia berjaya,
 
Kerana mulut manusia berani,
 
Kerana mulut manusia berhati-hati.
 
 
 
Kerana mulut badan binasa,
 
Kerana mulut ada yang kecewa,
 
Kerana mulut ada berkecil hati,
 
Kerana mulut ada yang mencuit hati.
 
 
 
Mulut dicipta untuk mengisi
 
Perut, dengan rezeki,
 
Mulut dicipta untuk berzikir,
 
Menyebut nama Ilahi,
 
Mulut dicipta untuk berbakti
 
Kepada insan-insani.
 
 
 
Jagalah mulut dari mengeji,
 
Jagalah mulut dari mencaci,
 
Jagalah mulut dari mengata,
 
Jagalah mulut dari menghina.
 
 
 
Kerana mulut musuh ditemui....
 
Kerana mulut teman berkecil hati....
 
Kerana mulut ada yang menangis....
 
Kerana mulut hati terguris......
 
 


Kehebatan dan Kebijaksanaan Yahudi (BACA SAMPAI HABIS)

 a friend had forwarded it to me this morning.... 

Semalam berita tergempar kapal Malaysia yg m’bawa bekalan bantuan & makanan kepada Palestin telah diserang dan ditawan oleh Yahudi di perairan antarabangsa dengan alasan ada senjata tapi ternyata senjata tersebut adalah nama ISLAM..

 

Semoga ISLAM terus bersatu dan kuat berkat dari-Nya.Aminn..

 

 

Renungan bersama ...  


Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi  


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1.
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2.
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3.
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5.
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6
. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

 

 

Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W….

 

 

 

Amalkanlah pemakanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W….

 

Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah…dapat mengelakkan penyakit2 lain…

Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni…

 

Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam

Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang lain..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan lain di dunia ni…

 

Di samping badan kita sihat…kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...

Alhamdulillah…InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat…

 

Amalkanlah walaupun sebiji kurma…iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

 

 

Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.

 

Hadis mengatakan "Barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

 

Alhamdulillah...anda adalah salah seorang daripada mereka insyaAllah...aamin...

 

  


Sofea dah kenal mama...

<<DSC09892.JPG>> <<DSC09888.JPG>> <<DSC09889.JPG>> <<DSC09890.JPG>> <<DSC09891.JPG>>
Suke tgk reaksi Sofea, berlari-lari nak dapatkan mama....kalau tak amik dia, nangis² dia....bile amik dukung, mengekek² ketawa...lebar je senyumnya...alahai Sofea...
Ni la yang wat mama tiap hari rindu kat Sofea....


Semoga Bahagia Hingga Hujung Nyawa

<<jusco.jpg>>

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Hujung Minggu...untuk Sofea

<<DSC09915.JPG>> <<DSC09923.JPG>> <<DSC09931.JPG>> <<DSC09955.JPG>> <<fea&mama.jpg>>
Bila hujung minggu, ni ajela masa yang ada nak spend untuk Sofea. Mama ngan papa slalu keja, bile balik masing-masing dah penat. Sofea pun kadang-kadang dah tido.....Mama ngan papa kena cari masa untuk Sofea, walaupun dalam sehari hanya dapat dalam 4-5 jam, itula yang kami cuba manfaatkan...ikutkan, mama rasa cemburu dgn maklong..maklong ada masa dekat 12 jam sehari ngan kesayangan mama...tp mama ade 4-5 jam, tu pun agak terhad....sb mama kena urus keja umah & mcm² kerja lain..so sorry sayang....

TQ so munch kat papa, sb slalu bwk kiteorang jalan-jalan & makan-makan. Bukan mama happy sebab tak payah masak hujung minggu, tp suke sgt sebab Sofea excited bile bawak jalan-jalan...dengar Sofea membebel, wat mama ngan papa terhibur sangat...ntah ape-apela yang sayang mama ni bebelkan...so cute...anugerah Allah yang terindah untuk mama...rasa mcm bebelan yang Sofea buat tu seakan nyanyian merdu....yang terlebih indah, bile dengar zikir atau orang mengaji...Sofea mcm mengikut²,mungkin berkat bacaan AlQuran masa mengandung..Alhamdulillah....Mudah²an, anak kesayangan mama ni akan jadi wanita & anak yang Solehah suatu hari nanti....

Banyak gambar Sofea, muka dia tersenyum..perangai dia sama mcm mama ngan papa. Pantang nampak kamera mesti tersenyum...tapi Sofea senyum sebab nak terkam kamera, bukan sebab nak bergambar...hehe...comel sungguh anak mama papa ni....


Tuesday, May 18, 2010

"hargai lah Ia sblm terlewat..."

"hargai lah Ia sblm terlewat..." 

Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab

" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

 "...Apa itu Yaa TUHAN ??

 Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA.

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Friday, May 14, 2010

BERSYUKUR DGN APA YANG ADA

Kadang-kadang, kite mengeluh..mengenangkan nasib kite tak sehebat kawan-kawan. Masalah-masalah kecik dgn suami kite anggap tu masalah paling besar dalam hidup. Sampai ada yang rasa menyesal kerana telah buat keputusan untuk berkahwin. Apapun, dialah yang kita pilih. jadi seharusnyala..dialah dihati...selamanya...
 
Kita perlu terima, kalau ada di mana-mana bahagian yang menjadi kelebihan pasti ada bahagian yang menjadi kekurangan. Harus dan perlu perkara sebegitu. Ada pasangan yang begitu bahagia dan hidup senang tanpa sekalipun menghadapi masalah kewangan. Cakapla nak beli apa saja, semua 'abang' akan sediakan. Tapi malangnya, si isteri tidak mampu 'mengadakan' kemahuan suami..Tak mampu nak memberikan cahaya mata, mungkin atas sebab-sebab kesihatan atau belum masanya lagi untuk dikurniakan Anugerah Terindah itu...Ada pulak, pasangan yang sering kekeringan poket. Belum pun seminggu gaji, tapi duit dah kering. Nak shoping untuk diri sendiri pun belum mampu, inikan pula nak hadiahkan isteri baju baru. Tetapi, Allah Maha Adil...dikurniakan mereka cahaya mata..berderet-deret...Semasa anak-anak kecil dan membesar, terasa peritnya pasangan mencari rezeki demi membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, setelah lebih 20 tahun bekerja keras, semua penat lelah terbalas...anak-anak membesar menjadi orang berguna. Yang mampu membalas jasa-jasa ibu bapa mereka.Menjaga ibu bapa mereka sebaiknya. Kerana, mereka kenal erti kesusahan. Mereka membesar sambil melihat kesusahan orang tua mereka mencari rezeki untuk menghantar mereka ke sekolah agar masa depan mereka terjamin. Itulah putaran kehidupan. Bila kita di bawah, ingatlah Allah Maha Adil. Akan diletakkan kita di atas pada suatu hari. Cuma kita perlu menunggu dan berusaha ke arah itu.
 
 

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Thursday, May 6, 2010

Sofea : 6 Bulan yang Indah

Masa berlalu begitu pantas..pejam celik, dah 6 bulan rupanya...
rasa mcm dah lama betul bersalin, tp kehadiran Sofea dlm hidup saya dan suami rs mcm baru semalam..
Permata hati kami ni, makin hari makin pandai...makin ari ada saje ragamnya yang buatkan saya dan suami terhibur & gembira..
Syukur Alhamdulillah...kami dikurniakan anak yang tak banyak kerenah..tak pernah tidur malam kami terganggu...Sofea hanya bangkit 1-2x setiap malam untuk menyusu, kemudian dia akan tidur balik....sampai ke pagi...
 
Setiap hari tak sabar nak pulang ke rumah...menjemput puteri kesayangan kami...tak pernah lupa untuk mencium wlupun kadang2 bau si manja 'masyammm'..hehe..itula yg buat saya dan suami rindu sepanjang ari kat ofis...
 
Semalam, baru nak ajar-ajar Sofea makan...
Mula-mula isikan nestum tu dlm botol dgn susu, pastu bg dia hisap..taktaula sb puting botol tu keras ke..atau rs yang semacam ke..dia taknak hisap..dia marah plak...menangis2 dia..Pujuk dulu bagi susukan dia & peluk dia.sampai dia tertido..Penat menangis agaknya...Dalam sejam lepas tu, dia jaga balik...nak taknak, kena ajar jugak Sofea makan. Mungkin dia taknak makan guna botol susu, so kali ni saya bancuh bijirin tu dlm mangkuk...nak plak dia makan bile disuap dgn sudu...nak makan bersuap rupenye...mcm2 gaya la anakku sayang ni....
 

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Monday, May 3, 2010

MASUK WAD

<<DSC01748.JPG>> 2 Mei....
Dah 4-5 hari Sofea ade batuk-batuk kecik...disertai dgn bunyi kahak..
Risau jugak tgk dia batuk-batuk. Kalau kite yg besar ni, reti la nk ckp
sakit..
Tp dlm keadaan dia tu, dia bole nangis je..
Luluh hati ni tgk dia menangis..sedih & sayu sangat2...sebagai ibu, apa
saja klu bole nak yang sempurna untuk dia..
Hanya dia permata hati mama & papa...Hanya doa yang tak putus-putus mama
panjatkan untukmu sayang...
Mama takle nak cerita dalam blog sb bile taip ni mama rs nak menangis..

3 Mei..
Sofea ditahan di hospital..
Masa kat rumah, sofea batuk-batuk sampai muka jadi biru. Mama dgn papa
risau sangat-sangat. Taknak ape2 yang buruk jadi kat permata hati kami..

Alhamdulillah, doaku didengar Yang Maha Esa. Keadaan Sofea kembali
pulih...
Sofea semakin ektive pada petang hari....sofea dah bole balik rumah..

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Tuesday, April 20, 2010

Ibu Hamil Menawan Majalah Pa&Ma Mei 2010

Tak sangka betul, idea main-main suami aku ni bawak tuah.
Walaupun ni peraduan bulanan, n hadiah pun tak lumayan...tp aku cukup happy bile menang. Kawan2 kat facebook memang maklum la kemenangan aku ni. sb once aku tau je, aku terus update status kat facebook. Terima kasih atas semua ucapan tahniah drp kawan-kawan....
Ramai pulak yang tanya hadiahnye ape, jenuh la nak jawab sb kat dalam majalah tu takde mention ape-ape pasal hadiah.
Gamba ni kenangan mengandungkan Sofea. Masa ni pregnant 8 bulan. Alkisahnya, aku menang untuk Pakaian Tercantik sempena Jamuan Aidilfitri kat ofis (siap pakai tag)....baju ni, dua kali menang la..
tp skg, baju ni takle pakai dah sb besar....(bukan nk kata aku dah kurus)...hehe...
cadang nak anta kat tailor utk kecikkan baju tu..sayang plak klu tak pakai....
cantik baju tu, suami yg pilih...baju raya kan..kena la cantik2...hehe...