create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, March 23, 2010

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK BAKAL IBU BAPA, SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN

Hal-hal kewangan ni, klu tak betul cara pengurusannya mesti akan timbul 1 masalah besar. Ramai jugak suami-isteri yang bergaduh besar bila ada masalah kewangan. Kemudian, anak-anak yang jadi mangsa. Kite mesti ingat, kenapa kita kawen...sbnya, kite saling jatuh cinta...sb sayang...semualah.Tp kenapa bile ada masalah macam ni, menda kecik pun jadi besar. Masa bercinta dulu takde pikir pon pasal masalah kewangan ke ape ke kan...

Ade yang suaminya, sanggup buat loan utk kawen..Kenapa sampai wat loan???Sb nak mendirikan rumah tangga. Bila buat loan, dah sah-sah la 4-5 tahun baru settle semua baki pinjaman. In the mean time, hidup berdua memang akan guna banyak duit. Jadi, untuk mengekalkan kebahagiaan kite dan suami apa salahnya kalau berkongsi. SHARING IS CARING...betul tak...kalau nak harapkan suami sorang, kopak la si suami. Melainkan kalau kawen ngan Dato' ke Tan Sri ke takpe la..tak payah pikir la kan...

Saya nak cerita pasal perbelanjaan semasa mengandung & selepas bersalin. Bile dah mengandung, banyak kelengkapan nak kena beli. Barang bayi, barang ibu, barang dalam pantang. Semua tu guna duit.

1. Usia kandungan 6-7 bulan - pakaian mengandung
Pada usia kandungan ni, perut ibu akan jadi besar dgn mendadak sb bayi mula menumpul lemak dan lebih cepat membesar. Bila perut dah besar, mula la tak muat dah nak pakai baju-baju yang biasa. jadi, bersedia la untuk shopping maternity apparel...beli la yang cantik-cantik supaya ibu mengandung masih nampak berseri dan jelita walaupun dgn perut yang besar!jangan jadikan perut yang besar sbg halangan untuk bergaya.

2. Usia kandungan 8-9 bulan - pakaian dan kelengkapan asas, stroller
Bile dah sarat macam ni, kena pikir pasal barang-barang anak. Baju, tilam, bantal, diapers. Kalau boleh, beli pakaian untuk size bayi sehingga 6 bulan. Sebab badan bayi cepat membesar dalam 0-6 bulan. Tp, kalau nak beli baju size newborn, beli la dalam 1-2 pasang je..dah memadai. Jangan lupa servey harga dulu sebelum beli stroller.Stroller ni mahal, yang murah pon harganya dan RM200++ dan boleh mencecah harga ribuan ringgit. Tak perlu yang mahal, bukannya nak pakai sampai 10 thn. Paling lama pun 2 tahun je sb bile anak dah besar, dia pun taknak dok dalam tu.PERCAYALAH. Stroller bukan keperluan teratas tapi perlu supaya bila nak bawak baby ke klinik, tak perlu la dukung bayi lebih-lebih lagi klu bayi tu nak tidur.

3. Bersalin & Berpantang - kos hospital, urut
Kos bersalin bergantung kepada hospital tempat bersalin yang kite pilih. Juga kelas mana. Kalau kelas 1, mahal la sikit. Ini untungnya klu kite bersalin tapi semua kos ditanggung oleh syarikat tempat bekerja. Bila dah balik rumah, nak mengurut tu mesti. Sebab badan orang lepas bersalin ni sakit sana sini. Kalau dah diurut, rs selesa sikit. Tidur pun lebih lena. Pastikan cari tukang urut sebelum bersalin.

4. Bayi 2 bulan - katil bayi
Lepas pantang, seeloknya asingkan tempat tidur bayi. Manala tau kot-kot tertindih ke masa tidur. Kite mana nak sedar kalau dah lena. Anak menangis pun rs macam mimpi. Lengkapkan katil (baby cot) dengan kelambu supaya bayi terhindar dari nyamuk.

5. Bayi 4 bulan - baby car seat
Umur bayi 4 bulan, bayi akan bisa duduk dengan sokongan dan boleh mengangkat kepala. Jadi, dah bole beli baby car seat. Lebih selamat untuk bayi bile travel kemana-mana terutama kalau balik kampung jauh.

6. Bayi 5-6 - baby walker
Bila dah masuk 5 bulan, kaki baby pun dah kuat. Dah boleh imbang badan...apa kata hadiahkan dia baby walker. Its a miracle untuk melihat kegembiraan bayi dapat bertatih. latihan awal utk meningkatkan kecergasan bayi.

1 comment:

eiffa akmal said...

nina- kat mana kamu shopping baby cot?