create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 24, 2010

TANGAN SOFEA BENGKAK

Terkejut betul semalam masa balik keja. Maklong tunjuk tgn Sofea bengkak. Jadi mcm belon air. Kesian, rs sedih tgk anak sakit. Tapi yg heran dia tak pulak menangis. Terus aku ajak suami g klinik tp suami suruh tggu lepas Magrib baru nak keluar.
 
So, balik rumah dulu la. Sedang aku bz kat dapur, rupenye suami aku dok operate tgn Sofea. Dipicitnye tempat bengkak tu sampai kluar air bisa tu. Kuat semangat betul anak mama, lsg tak nangis...Siap leh hentak kaki n senyum-senyum bile nampak aku masuk bilik...Risau jgk takut dia meraung ke ape...tp dia steady je, aku ngan suami plak yang rs ngilu...
Lepas tu, suami sapu minyak gamat. Alhamdulillah bengkak lebam merah biru tu dah surut.
 
Tok ayah ngan oma terus je dtg bile aku msg tunjuk tgn Sofea bengkak. Risau jgk tkut kena gigit binatang yang bisa ke...dia dahla kecik lagi, belum biasa dgn sakit-sakit. So far tak penah demam ke ape-ape. bersyukur sgt, mgkin sb bg susu badan. Daya tahan badan dia kuat.
 
Malam tadi pun dia boleh tidur lena, lsg tak merengek. Cuma aku ngan suami stanby la, kejap2 bangun tgk dia.
 
Pagi tadi, dgn kuasa Allah Taala....tgn Sofea hampir pulih & bengkak dah kurang. ALHAMDULILLAH.
 
SAYANG MY LOVE...MY SWEET, SWEET GIRL...



 

 

"DISCLAIMER:- The contents of this email and its attachment, if any ("message") are intended for the named addressee only and may contain privileged and/or confidential information. If you are not the named addressee or if you have inadvertently receive this message, you should immediately destroy or delete this message and notify the sender by return e-mail. The Employees Provident Fund (EPF) disclaims all liabilities for any error, loss or damage arising from this message being infected by computer virus or other contamination. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of EPF shall be deemed as neither given nor endorsed by EPF."

Tuesday, March 23, 2010

4 PERKARA BERHARGA

Telah Bersabda Nabi s.a.w :
Yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.




Manusia akan menghadapi 4 penarikan:


1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.



Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.





Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.



KEKASIH NO 2 SUAMIKU

Ni la gamba awek baru suamiku....sebelum sign agreement, ari2 berangan pasal CT...
nak mekapkan CT la...itu la ini la...bile org kedai motor tu lambat kol, tak senang duduk dia..

Bini ----> aku la..
awek no 1 ----->myvi
awek no 2-----> CT Modenas

Jumaat lepas, dah selamat dah tukar spot rim baru dgn alasan nak gi cari ulam utk aku...suami owh suami...hehehe...
cantik CT skang dgn spot rim baru...

Mujurla ade CT ni, wlupun keluar rumah lambat sikit drp biasa tp masih sempat bersarapan kat ofis aku. Berkat CT ni jgk, mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Aku pun rs secara tak langsung bertambah masa berdua dgn suami. so, tiap-tiap pagi makan berdua. Macam orang bercinta. Semoga selamanya bahagia. Insyaallah.


TIPS PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK BAKAL IBU BAPA, SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN

Hal-hal kewangan ni, klu tak betul cara pengurusannya mesti akan timbul 1 masalah besar. Ramai jugak suami-isteri yang bergaduh besar bila ada masalah kewangan. Kemudian, anak-anak yang jadi mangsa. Kite mesti ingat, kenapa kita kawen...sbnya, kite saling jatuh cinta...sb sayang...semualah.Tp kenapa bile ada masalah macam ni, menda kecik pun jadi besar. Masa bercinta dulu takde pikir pon pasal masalah kewangan ke ape ke kan...

Ade yang suaminya, sanggup buat loan utk kawen..Kenapa sampai wat loan???Sb nak mendirikan rumah tangga. Bila buat loan, dah sah-sah la 4-5 tahun baru settle semua baki pinjaman. In the mean time, hidup berdua memang akan guna banyak duit. Jadi, untuk mengekalkan kebahagiaan kite dan suami apa salahnya kalau berkongsi. SHARING IS CARING...betul tak...kalau nak harapkan suami sorang, kopak la si suami. Melainkan kalau kawen ngan Dato' ke Tan Sri ke takpe la..tak payah pikir la kan...

Saya nak cerita pasal perbelanjaan semasa mengandung & selepas bersalin. Bile dah mengandung, banyak kelengkapan nak kena beli. Barang bayi, barang ibu, barang dalam pantang. Semua tu guna duit.

1. Usia kandungan 6-7 bulan - pakaian mengandung
Pada usia kandungan ni, perut ibu akan jadi besar dgn mendadak sb bayi mula menumpul lemak dan lebih cepat membesar. Bila perut dah besar, mula la tak muat dah nak pakai baju-baju yang biasa. jadi, bersedia la untuk shopping maternity apparel...beli la yang cantik-cantik supaya ibu mengandung masih nampak berseri dan jelita walaupun dgn perut yang besar!jangan jadikan perut yang besar sbg halangan untuk bergaya.

2. Usia kandungan 8-9 bulan - pakaian dan kelengkapan asas, stroller
Bile dah sarat macam ni, kena pikir pasal barang-barang anak. Baju, tilam, bantal, diapers. Kalau boleh, beli pakaian untuk size bayi sehingga 6 bulan. Sebab badan bayi cepat membesar dalam 0-6 bulan. Tp, kalau nak beli baju size newborn, beli la dalam 1-2 pasang je..dah memadai. Jangan lupa servey harga dulu sebelum beli stroller.Stroller ni mahal, yang murah pon harganya dan RM200++ dan boleh mencecah harga ribuan ringgit. Tak perlu yang mahal, bukannya nak pakai sampai 10 thn. Paling lama pun 2 tahun je sb bile anak dah besar, dia pun taknak dok dalam tu.PERCAYALAH. Stroller bukan keperluan teratas tapi perlu supaya bila nak bawak baby ke klinik, tak perlu la dukung bayi lebih-lebih lagi klu bayi tu nak tidur.

3. Bersalin & Berpantang - kos hospital, urut
Kos bersalin bergantung kepada hospital tempat bersalin yang kite pilih. Juga kelas mana. Kalau kelas 1, mahal la sikit. Ini untungnya klu kite bersalin tapi semua kos ditanggung oleh syarikat tempat bekerja. Bila dah balik rumah, nak mengurut tu mesti. Sebab badan orang lepas bersalin ni sakit sana sini. Kalau dah diurut, rs selesa sikit. Tidur pun lebih lena. Pastikan cari tukang urut sebelum bersalin.

4. Bayi 2 bulan - katil bayi
Lepas pantang, seeloknya asingkan tempat tidur bayi. Manala tau kot-kot tertindih ke masa tidur. Kite mana nak sedar kalau dah lena. Anak menangis pun rs macam mimpi. Lengkapkan katil (baby cot) dengan kelambu supaya bayi terhindar dari nyamuk.

5. Bayi 4 bulan - baby car seat
Umur bayi 4 bulan, bayi akan bisa duduk dengan sokongan dan boleh mengangkat kepala. Jadi, dah bole beli baby car seat. Lebih selamat untuk bayi bile travel kemana-mana terutama kalau balik kampung jauh.

6. Bayi 5-6 - baby walker
Bila dah masuk 5 bulan, kaki baby pun dah kuat. Dah boleh imbang badan...apa kata hadiahkan dia baby walker. Its a miracle untuk melihat kegembiraan bayi dapat bertatih. latihan awal utk meningkatkan kecergasan bayi.

Monday, March 22, 2010

BAJU SI MANJA


untungla dpt baby girl...dahla mama nye kaki shopping, mcm² dibeli..hehe..

selagi tak dpt ape yg dihajat, selagi tu la nak jgk cari....

skg ni, aku dok tggu Jusco Sales..bile la hai...tak sabar nak shopping ni...baju Sofea pun byk yg dah tak muat...kesian dia, pakai baju pon dah nampak pusat..hehe...cekci la cayang..... dah sendat sane sini

mgkin kena beli yg besar cket la..takpe gelebeh cket pun, sayang mama ni cpt besar.....

kat mane leh beli baju wholesale ek....beli byk, klu dpt murah kan untung..
lebih tu leh wat saving utk Sofea....

Shopping kat Giant Bt Caves

<<DSC01349.JPG>> <<DSC01350.JPG>> S <<DSC01351.JPG>> of
<<DSC01352.JPG>> ea <<DSC01353.JPG>> ni, sejak dah pandai angkat
badan..lsg taknak baring dlm stroller...kena letak duduk baru dia reti
diam....

seronoknye jadi ibu, tiap ari tgk perkembangan anak...terhibur hati.
Penat camana pun masa balik keja, bile dpt jumpe anak rs lega...hilang
sume penat....
Rs mcm nak main ngan anak sepanjang malam..tp si kecik ni nk tido la
plak bile dah penat...

ni sume gamba dia meronta2 dlm stroller sb nak bgn...adehh...sabar jer
la..sabar ye sayang..akan tiba masanye nnt, kesayangan mama ni boleh
buat mcm2....mama akan sbar tggu saat2 indah tu...i love you....mmmuahhh

British Army Club ~ Reunion


Sabtu lepas, aku ngan suami join secara tak rasmi 1 event reunion orang-orang lama. Reunion bekas-bekas tentera dan polis zaman British dulu. Jadi, peserta-peserta yang g sana memang kebanyakan baya-baya atok kite dah...yela, Pakcik Nor (Suami Maklong-makcik suami aku) pon dah usianya 70 thn...dah senior sgt dah...yg dtg tu pon sume berkopiah..mcm ahli2 jemaah Masjid je...
kami dok kat hotel tu tak sampai sejam pon, anak dia dah ajak ktrg kuar jalan-jalan. watpe nak tggu lame2, bagi Pakcik Nor je la dok situ sb dia je yg ade kena mengena ngan club tu...so, atas permintaan Cik Long...kiteorg ke Taman KLCC..bawak anak & anak2 Irwan (sepupu suami aku, anak Cik Long) g jalan-jalan...ye la, budak2 mesti suke klu jumpe Playground....
Ni la sebabnye, aku berpakaian sgt formal & sopan...hehe...
alamak, apesal la takleh nk tkr size font ni...
adehh.....
bagus jgk ade kemudahan cam ni, tru emel pon leh update blog..ni la yang aku suke...byk la aku leh berceloteh...

seronok sgt bawak anak lepak2 kat taman mcm ni, klu ade kelapangan lagi...leh la aku ajak suami lg....