create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, June 1, 2010

KERANA MULUT

Kerana mulut manusia bertanya,
 
Kerana mulut manusia berjaya,
 
Kerana mulut manusia berani,
 
Kerana mulut manusia berhati-hati.
 
 
 
Kerana mulut badan binasa,
 
Kerana mulut ada yang kecewa,
 
Kerana mulut ada berkecil hati,
 
Kerana mulut ada yang mencuit hati.
 
 
 
Mulut dicipta untuk mengisi
 
Perut, dengan rezeki,
 
Mulut dicipta untuk berzikir,
 
Menyebut nama Ilahi,
 
Mulut dicipta untuk berbakti
 
Kepada insan-insani.
 
 
 
Jagalah mulut dari mengeji,
 
Jagalah mulut dari mencaci,
 
Jagalah mulut dari mengata,
 
Jagalah mulut dari menghina.
 
 
 
Kerana mulut musuh ditemui....
 
Kerana mulut teman berkecil hati....
 
Kerana mulut ada yang menangis....
 
Kerana mulut hati terguris......
 
 


No comments: